Wednesday, January 20, 2010

terma dan syarat

TERMA DAN SYARAT

1. Lokasi kolam ternakan berkelompok adalah di tapak projek penganjur.
2. Tempoh jangkamasa projek adalah 5tahun.
3. Sebelum tamat tempoh jangkamasa projek, peserta akan dimaklumkan oleh syarikat selewat-lewatnya sebulan sebelum tuaian hasil peserta.
4. Penyertaan minima satu (1) pakej ialah RM3000 bagi keli dan RM3500 bagi puyu. Sebanyak 10,000 ekor anak benih bagi setiap pakej. Dan tidak kurang dari satu (1) tahun/ tiga (3) kali tuaian.
5. Bagi individu yang kekurangan modal, boleh menyertai program ini dengan modal minima RM1900 bagi keli dan RM2150 bagi puyu (5000 ekor benih ikan). Jika ada peserta yang ingin berkongsi untuk mencukupkan satu pakej (10000 ekor benih ikan) baki RM400 (keli/puyu) akan dikembalikan dalam tempoh terdekat.
6. Peserta dikehendaki menamakan seorang pewaris yang akan mewarisi hak milik mereka jika berlaku sesuatu.
7. Peserta tidak boleh memindah milik kepada orang lain tanpa memaklumkan kepada syarikat terlebih dahulu. Surat bertulis hendaklah dikemukakan jika peserta berhasrat untuk memindah milik kepada penama lain.
8. Penarikan diri oleh peserta dari program ternakan berkelompok mesti beserta surat bertulis sebulan sebelum tuaian ke tiga (3).
9. Ternakan tersebut adalah milik peserta, maka peserta bebas merancang memasarkan ternakannya mengikut harga yang peserta inginkan.
10. Oleh kerana syarikat tidak menjalankan ternakan secara kontrak “contract farming”, pemasaran tidak tertakluk kepada pihak syarikat.
11. Jika pihak syarikat berhasrat untuk memasarkan hasil ternakan peserta, pihak syarikat akan meminta kebenaran terlebih dahulu dari peserta.
12. Tempoh memproses mana-mana transaksi adalah selewat-lewatnya selama lima (5) hari bekerja.
13. Semua bayaran harus dibuat terus kepada penganjur secara tunai atau cek.
14. Bagi anak benih atau bekalan makanan sendiri (yang dihasilkan oleh peserta), bayaran tambahan minimum RM50 bagi menampung kos ubatananti bacteria serta minimum RM50 kos kuarantin benih. Manakala tumbesaran ikan serta tempoh matang yang lewat/terbantut atau kadar kematian yang tinggi selain faktor kesilapan dari syarikat, adalah ditanggung oleh peserta.
15. Perubahan dari segi kenaikan kos berkaitan dengan ternakan termasuk harga pasaran boleh berubah pada bila-bila masatanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
16. Perubahan kenaikan kos yang berkaitan penternakan akan ditanggung oleh peserta. Perbincangan boleh dibuat antara kedua-dua pihak (syarikat/peserta) bagi menangani masalah kenaikan kos tersebut.
17. Peserta dikehendaki melawat ke kolam bagi menilai dan mlihat sendiri perkembangan ikan mereka sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu. Peserta juga tidak terikat dengan masa atau hari kehadiran di kolam.
18. Bagi peserta yang tinggal jauh atau tidak kesempatan untuk dating melawat kerana sibuk atau sebagainya, mereka boleh menghunbungi pihak syarikat melalui telefon.
19. Peserta boleh menukar sepsis ternakan kepada sepsis yang mereka kehendaki selagi syarikat mempunyai pengetahuan dalam penjagaan dan sebagainya.
20. Sekiranya peserta bercadang untuk memindahkan pakej ternakan mereka ke tempat lain, kos pemindahan serta pengurusan ditanggung oleh peserta. Makanan ikan akan dibekalkan sebanyak 50% (dari baki jika pemindahan sebelum tuaian). Sistem ternakan, rawatan ikan dan air tidak dibekalkan. Ini adalah kerana item tersebut milik berkelompok(pembiayaan berkelompok) dibekalkan dengan harga subsidi dari syarikat.
21. Setiap ternakan/perniagaan yang diusahakan secara persendirian, perkongsian, kelompok yang kecil mahupun besar mempunyai risikonya yang tersendiri. Begitulah juga dengan program yang kami anjurkan. Seandainya berlaku kadar kematian yang tinggi, maka ianya bukanlah sesuatu yang di ingini. Peserta haruslah menerima hakikat sedemikian. Tiada bayaran ganti rugi akan ditanggung oleh pihak syarikat. Kerana program ini bukanlah program pertanian kontrak atau skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan dengan jaminan. Pihak kami berusaha menjayakan program ini sedaya-upaya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Saya sgt tertarik dengan apa yg telah ditulis oleh tuan dlm blog nie..

    Minat yg mndalam dlm bidang penternakan sgt memberikan saya motivasi untuk melangkah setapak ke hadapan untuk memulakan ternakan secara kcil kecilan smbil belajar lebeh bnyak tentng sektor penternakan ini.

    Tpi sya pasti post yg tuan hantar nie dah terlalu lama dan masih terbukakah lgi untuk pnyertaan projek ternakn berkelompok ini?

    ReplyDelete
  2. Salam..
    saya bersetuju dgn encik poji..post disini dh lama berlalu..masih ade lg pnyertaan ker..sye berminat...ape2 bleh email ke yaya_is87@yahoo.com

    ReplyDelete