Wednesday, January 20, 2010

terma dan syarat

TERMA DAN SYARAT

1. Lokasi kolam ternakan berkelompok adalah di tapak projek penganjur.
2. Tempoh jangkamasa projek adalah 5tahun.
3. Sebelum tamat tempoh jangkamasa projek, peserta akan dimaklumkan oleh syarikat selewat-lewatnya sebulan sebelum tuaian hasil peserta.
4. Penyertaan minima satu (1) pakej ialah RM3000 bagi keli dan RM3500 bagi puyu. Sebanyak 10,000 ekor anak benih bagi setiap pakej. Dan tidak kurang dari satu (1) tahun/ tiga (3) kali tuaian.
5. Bagi individu yang kekurangan modal, boleh menyertai program ini dengan modal minima RM1900 bagi keli dan RM2150 bagi puyu (5000 ekor benih ikan). Jika ada peserta yang ingin berkongsi untuk mencukupkan satu pakej (10000 ekor benih ikan) baki RM400 (keli/puyu) akan dikembalikan dalam tempoh terdekat.
6. Peserta dikehendaki menamakan seorang pewaris yang akan mewarisi hak milik mereka jika berlaku sesuatu.
7. Peserta tidak boleh memindah milik kepada orang lain tanpa memaklumkan kepada syarikat terlebih dahulu. Surat bertulis hendaklah dikemukakan jika peserta berhasrat untuk memindah milik kepada penama lain.
8. Penarikan diri oleh peserta dari program ternakan berkelompok mesti beserta surat bertulis sebulan sebelum tuaian ke tiga (3).
9. Ternakan tersebut adalah milik peserta, maka peserta bebas merancang memasarkan ternakannya mengikut harga yang peserta inginkan.
10. Oleh kerana syarikat tidak menjalankan ternakan secara kontrak “contract farming”, pemasaran tidak tertakluk kepada pihak syarikat.
11. Jika pihak syarikat berhasrat untuk memasarkan hasil ternakan peserta, pihak syarikat akan meminta kebenaran terlebih dahulu dari peserta.
12. Tempoh memproses mana-mana transaksi adalah selewat-lewatnya selama lima (5) hari bekerja.
13. Semua bayaran harus dibuat terus kepada penganjur secara tunai atau cek.
14. Bagi anak benih atau bekalan makanan sendiri (yang dihasilkan oleh peserta), bayaran tambahan minimum RM50 bagi menampung kos ubatananti bacteria serta minimum RM50 kos kuarantin benih. Manakala tumbesaran ikan serta tempoh matang yang lewat/terbantut atau kadar kematian yang tinggi selain faktor kesilapan dari syarikat, adalah ditanggung oleh peserta.
15. Perubahan dari segi kenaikan kos berkaitan dengan ternakan termasuk harga pasaran boleh berubah pada bila-bila masatanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
16. Perubahan kenaikan kos yang berkaitan penternakan akan ditanggung oleh peserta. Perbincangan boleh dibuat antara kedua-dua pihak (syarikat/peserta) bagi menangani masalah kenaikan kos tersebut.
17. Peserta dikehendaki melawat ke kolam bagi menilai dan mlihat sendiri perkembangan ikan mereka sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu. Peserta juga tidak terikat dengan masa atau hari kehadiran di kolam.
18. Bagi peserta yang tinggal jauh atau tidak kesempatan untuk dating melawat kerana sibuk atau sebagainya, mereka boleh menghunbungi pihak syarikat melalui telefon.
19. Peserta boleh menukar sepsis ternakan kepada sepsis yang mereka kehendaki selagi syarikat mempunyai pengetahuan dalam penjagaan dan sebagainya.
20. Sekiranya peserta bercadang untuk memindahkan pakej ternakan mereka ke tempat lain, kos pemindahan serta pengurusan ditanggung oleh peserta. Makanan ikan akan dibekalkan sebanyak 50% (dari baki jika pemindahan sebelum tuaian). Sistem ternakan, rawatan ikan dan air tidak dibekalkan. Ini adalah kerana item tersebut milik berkelompok(pembiayaan berkelompok) dibekalkan dengan harga subsidi dari syarikat.
21. Setiap ternakan/perniagaan yang diusahakan secara persendirian, perkongsian, kelompok yang kecil mahupun besar mempunyai risikonya yang tersendiri. Begitulah juga dengan program yang kami anjurkan. Seandainya berlaku kadar kematian yang tinggi, maka ianya bukanlah sesuatu yang di ingini. Peserta haruslah menerima hakikat sedemikian. Tiada bayaran ganti rugi akan ditanggung oleh pihak syarikat. Kerana program ini bukanlah program pertanian kontrak atau skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan dengan jaminan. Pihak kami berusaha menjayakan program ini sedaya-upaya.

teknikal

TAWARAN PAKEJ PENTERNAKAN BERKELOMPOK

Modal permulaan untuk menyertai program ini ialah:

Ikan keli = RM3000

Ikan puyu = RM3500

Peserta akan dibekalkan dengan item seperti yang tersebut di bawah:

1. 10,000 benih ikan keli/puyu

2. 2 unit jarring bersaiz 10 kaki X 10 kaki X 5 kaki setiap unit

3. Jaring penutup sangkar (jika perlu)

4. Sistem ternak, rawatan ikan dan air (pembiayaan berkelompok)

5. Bekalan makanan sehingga hasil dijual (sebahagiannya ditanggung oleh syarikat)

Kos yang ditetapkan meliputi kos sistem yang lengkap, kos pengurusan, serta kemudahan sehingga menghasilkan hasil tuaian yang pertama. Untuk modal pusingan seterusnya, kos tetap akan di tolak.

PERBANDINGAN

Jika seseorang menternak cara bersendirian kosnya adalah agak tinggi. Lihat perbandingan di bahagian A.

Perbandingan kos projek keli

Item

Kos kelompok (RM)

Kos persendirian (RM)

Benih (10,000 ekor)

1 pakej = RM3000

1000

Set jarring (2unit)

800

Jarring penutup sangkar

55

Sistem ternak, rawatan

770

Makanan

2160

Total

3000

4785

Lampiran A

UNTUNG RUGI

Anggaran keuntungan setiap set jarring adalah seperti di lampiran B

CONTOH ANGGARAN PENYATA UNTUNG RUGI

BAGI TEMPOH 3 KALI TUAIAN

KELI (3 bulan/tuai)

PUYU (5~6 bulan/tuai)

10,000ekor benih. Kadar kematian 20%

Tuaian 1 (RM)

Tuaian 2 (RM)

Tuaian 3 (RM)

Tuaian 1 (RM)

Tuaian 2 (RM)

Tuaian 3 (RM)

1. Jumlah dagangan

(jualan/pendapatan) RM3/RM7.50 perKG

4000

4000

4000

7500

7500

7500

2. Modal/ kos

Pakej ternakan

3000

2200

2200

3500

2700

2700

UNTUNG RUGI ( 1-2)

1000

1800

1800

4000

4800

4800

Pendapatan sebulan

333.33

600

600

666.67

800

800

Lampiran B

TAPAK PROJEK

Projek ini dijalankan di atas sebidang tanah pertanian milik individu dengan perjanjian pajakan selama 5 tahun dengan keluasan kolam lebih kurang 2 ekar. Di alamat lot 15564 kg baru telok gong 42000 klang. Pemilihan tapak projek ini selain mempunyai kolam sedia ada, ia juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti bekalan elektrik, bekalan air, dan di jaga sepenuhnya oleh pemilik tanah.

PEMASARAN

Para peserta tidak terikat dengan syarikat dalam perkara pemasaran, mereka bebas memasarkan hasil ternakan mereka kemana sahaja. Ini adalah kerana program ini dijalankan bukan atas program pertanian kontrak (contract farming). Program ini lebih kepada mereka yang berminat dalam bidang penternakan, mereka mempunyai pasaran tetapi tiada tempat dan masa atau sebagai persediaan awal sebelum bersara. Dalam pada itu, peserta juga dididik untuk sama-sama mempelajari teknik pemasaran, memahami kaedah penternakan ikan di Malaysia serta berusaha dalam menjayakan program ternakan kelompok ini. Walaubagaimanapun, pihak syarikat berusaha membantu para peserta yang mempunyai masalah dalam pemasaran. Harga jualan adalah mengikut tekanan pasaran dan mengambil kira kos pengurusan.

Monday, December 28, 2009

projek ternakan keli kelompok

salam sejahtera dan assalamualaikum,

kami sedang mencari sesiapa sahaja yang ingin menternak ikan atau sesiapa yang ingin menjana keuntungan dari hasil ternakan ikan berkelompok. kepada mereka yang tidak mempunyai tempat ternak, tiada masa menjaga ternakan, tiada kepakaran. kami bersedia memberi khidmat menternak untuk anda. semua nya kami sediakan!!

dari bekalan yang tidak mencukupi, dan modal yang kurang, tercetus idea untuk menternak ikan menggunakan modal kawan2, keluarga dan saudara mara. dari idea itu, kami bukan sahaja mendapat bekalan yang mencukupi tetapi juga pemberi modal mendapat sedikit keuntungan dari hasil jualan. walaupun tidak banyak, tetapi keuntungan dapat dikongsi bersama.

kini, kami membuka peluang ini kepada sesiapa yang ingin menjana keuntungan bersama2 kami disamping dapat menjadikan ternakan kelompok ini sebagai pendapatan sampingan. tempat adalah terhad, sehingga hari ini 28hb Disember 2009, seramai 30 peserta telah berdaftar.

syarat nya mudah!! peserta hanya perlu datang ke kolam kami, dan berbincang dengan kami tentang penternakan ikan berkelompok ni. hehe.. atau hubungi saya di no 0123601230. kami akan memberi kan details tentang projek ini. kolam terletak di telok gong klang.


serba sedikit tentang projek ternakan berkelompok:

1) kolam terletak di telok gong klang

2) ternakan di usahakan oleh pihak kami

3) peserta boleh campur tangan pada bila2 masa (tiada halangan)

4) jika perlu, peserta akan disuruh "turun padang"

5) hasil ternakan akan dibeli semula oleh pihak kami, atau peserta yang tentukan

6) keuntungan akan dikire dari hasil jualan ikan

7) pihak kami akan menjanjikan pulangan modal terlebih dahulu. (cth:keli=dalam masa 3bulan)

8) modal untuk 1 pakej adalah RM3000


Myspace Blinking Comments - http://www.blinktextmaker.com




PETA TELOK GONG KLANG


View Port Klang, Selangor in a larger map



gambar kolam di telok gong